2009 May | Aceh-Online.com - Tips, Office, Komputer, Blog, Website, Mobile, Live Tv, Movie Online, Music Online and news from anywhere and at anytime!

Cerpen : Gelora dihati lina

Nama Pena : nurul amarlina mohd yusof

” I miss u syg”
lina zahira hanya tersipu-sipu di talian.
” Abang dimana? Malam ni sayang masak lauk kegemaran abang. Ketam masak lemak. Kita makan sama dengan anak-anak okay. Sayang ada ‘something special for u’”

arman mematikan telefon bimbitnya. Sambil memandu untuk pulang ke rumah, dia terkenangkan lina zahira yang di kenalinya 12 tahun yang lalu. Sepanjang 12 tahun itu jugalah dia bergelar suami kepada lina zahira. Pelbagai pahit manis kehidupan berumah tangga bersama lina dilaluinya. Kasih sayangnya juga tidak pernah luntur dari hari pertama mereka menjalani kehidupan sebagai suami isteri sehingga sekarang.

Cerpen : Lurus Bendul

Nama Pena : WenWen

Agaknya aku dilahirkan tak cukup bulan. Tak pun lahir songsang. Sebab abah aku selalu cakap aku ni macam tak cukup wayar kat otak. Asyik menurut jer apa orang cakap. Tapi umur aku dah 25 tahun. Cuma perangai tu lah ada kurenggg sikit dari anak dara yang lain kot.. Entah-entah kalau orang cakap makan tahi tu sedap pun aku percaya. Mana taknya, aku pernah lihat Japanese Fear Factor dorang makan tahi..Uwekkkkk!! tak sememeh betul aku ni..kekeke

Abah kata, kawan yang baik tak akan mengkhianati kawannya dari belakang. Aku tanya abah balik, kawan kita macam main counter strike ke bah.. Boleh curi-curi tikam belakang. Abah tenyeh kepala aku sekuat hati..

Cerpen : Cinta Solo

Nama Pena : anarif

“Ain, kau nak lelaki macam mana?” tanya Fatin suatu hari. Semasa mereka sedang bersantai lepas siapkan assignment Dr. Krish yang membunuh, grammar. Haha. Ainur mengunyah buah epal tanpa memandang Fatin. Otaknya ligat berfikir.

“nak yang macam mana ya?” Ainur bertanya sendiri.

“hmm, yelah, setiap orang mesti ada criteria lelaki idaman kan? Bukan apa, aku tengok kau ni tak ada pakwe lagi. Orang kata, kalau keluar universiti ni, kalau tak ada pakwe lagi, alamatnya tak laku la nanti.” Ujar Fatin bersungguh-sungguh. Ainur menjeling Fatin tajam. Celuparnya mulut tu. Aku cili kang.

Cerpen : Sambungan 3 Jam 30 Minit 39 Saat

Nama Pena : eury

“Aahhh….! Ni semua keje giler! Ko giler! Lepas tu ko libatkan aku pulak! Kata berlakon jadi awek aje. Tiba-tiba kena kawin pulak!” Jeritku. Lepas tau sapa dia, sapa aku, dan mengingat kembali ‘kenangan’ kami masa zaman sekolah, rasanya aku dah tak ada sebab untuk ber’saya-awak’ dengan dia. Automatic tukar!

Tekak yang sakit aku tak amik peduli. Janji dapat luahkan apa yang terbuku dalam hati. Ingat aku anak kambing ke? Sesuka ati aje nak kawin-kawinkan aku!

Cerpen : Dina & Dani

Nama Pena : redlinez

Cerita ini mengisahkan Dani dan Dina yang merupakan sahabat naik sejak tadika lagi.Mereka berdua belajar dari tadika…sekolah rendah..hingga sekolah menengah.Sememangnya tali persahabatan mereka begitu kuat dan utuh.Segala aktiviti Dani mesti ada Dina,begitulah sebaliknya.Mereka bagai tidak dapat dipisahkan seperti kembar siam.Mereka bermain pondok-pondok,kahwin-kahwin dan macam-macam lagi.Bila Dani sakit,Dina turut sama sakit.Tapi kan,hubungan mereka yang rapat-serapat ni,tidak ada wujud kah perasaan kasih?tidak hadirkah apa yang dikatakan sayang?

Cerpen : Noktah Kasih

Nama Pena : babywing

“Nama saya Nur Aisya Humaira bt Muhammad Muhaymin. Saya berasal dari Petaling Jaya. Salam perkenalan pada semua,”gadis berwajah bujur sirih itu memperkenalkan dirinya. Gadis itu sangat menjadi perhatian ramai jejaka di kolej itu. Maklumlah, dia memiliki rupa paras yang cantik sekali, terutamanya di bahagian mata dan alisnya yang melentik itu. Gadis itu juga amat mudah mesra dengan semua orang di sekelilingnya.

“Maira, jom kita pergi dating malam karang!”ajak Shah yang terkenal dengan sikap buaya daratnya tu. “Ok Shah my darling.. We meet tonight ya..”jawab Humaira pula dengan aksi manjanya. Eloklah tu, sorang playboy and sorang lagi playgirl.

Cerpen : Takdir kehidupan

Nama Pena : arisa aizawa

“Perempuan tak tau malu!”serentak dengan itu pipi Idayu terasa pijar, lantas dia mendongak kepala dan dilihatnya Datin Maria berdiri dihadapannya dengan muka menyinga.

“Kenapa ni Datin, apa salah saya?”
“Apa salah kau, kau tanya aku, hey kau ingat kau tu bagus sangat ke sampai kau goda anak aku, tak sedar diri,”
“Goda anak Datin? Bila masa pulak saya goda anak Datin? Kenal pun tak,”
“Eh kau jangan berdalih lagi habis tu ni sapa?”gambar2 dilempar ke muka Idayu yang masih terpinga-pinga.Perlahan-lahan Idayu melihat gambar yang dimaksudkan lantas dia mengeluh kecil, kenal sangat dia dengan orang dalam gambar tu, Intan kakaknya sendiri, disebabkan muka mereka yang hampir sama kerap kali mereka disalah anggap.
“Datin dah salah orang ni, ni bukan gambar saya, takkan Datin tak perasan perempuan dalam gambar ni kurus, saya kan berisi sikit,”terang Idayu lembut.

Cerpen : Tercemarnya keindahan islam

Nama Pena : kelopak mawar

“Uteh, adik nak jalan-jalan kat hujung sana..”

Adik bongsuku menarik tanganku untuk mengikutnya ke hujung pantai yang kami susuri. Agak kepenatan melayan karenah si cilik ini. Si abang pula sibuk bermain dengan buaian. Aku hanya mengawasi adik lelakiku dari jauh sahaja. Sudah besar dan boleh berfikir tidak seperti adik bongsuku. Kami menyusuri laluan pejalan kaki yang telah disediakan. Adikku riang berjalan, kadang berlarian sambil ketawa. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa kadang membuatkan aku terpaksa menahan bajuku daripada rakusan sang angin yang mungkin sahaja boleh membuatkan pakaian yang menyaluti tubuhku melekat membentuk susuk tubuh.

Sponsors

Webs Traffic Rank

Links

Archive

Sinema Indo – Ketika Cinta Bertasbih 2

Klikk Disini Untuk Nonton

Possibly Related Posts:


Gaya Hidup/Kesihatan

Waspada! 30 Penyakit Akibat Pemanasan Global

BERDASARKAN Data Organisasi Kesehatan dunia (WHO) tercatat ada sebanyak 30 penyakit baru yang muncul sepanjang tahun 1976-2008 akibat perubahan iklim dan pemanasan global.

Munculnya penyakit ini akibat temperatur suhu panas bumi yang terus meningkat. Yang paling jelas kelihatan adalah penyakit demam berdarah, kolera, diare, disusul virus ebola yang sangat mematikan. Menurut WHO, masalah kesehatan akibat pemanasan global ini lebih dirasakan oleh negara-negara berkembang yang sebagian masih miskin karena minimnya dana sehingga tak mampu lagi melaksanakan berbagai program persiapan dan tanggap darurat.

Terbanyak Dibaca