Cerpen : Untukmu Sayang
“Lia,berapa kali Abang nak cakap?Jangan berbicara soal itu!Abang sayang Lia dan Abang tidak akan sesekali menduakan Lia”.Hazriq meninggikan suara seakan tidak senang dengan penyataan isterinya itu.
“Tapi Abang,Lia tidak sanggup melihat Abang tidak mempunyai zuriat sendiri,Abang jangan harapkan Lia,Harapan Lia untuk memberi Abang zuriat amatlah tipis.”Alia mula menitiskan air mata.Dia sedar akan kelemahan dirinya.
“Lia,dengar sini,Abang cintakan Lia,Abang sanggup berkorban demi cinta ini.Jangan berputus asa Lia.Insyaallah,masih ada rezeki untuk kita.ALLAH itu maha pemurah,Lia.”Hazriq mengusap lembut rambut isterinya.Baginya Alialah cintanya yang pertama dan terakhir.
“Abang,mulut orang akan berkata,apa kata mak Abang nanti?Dia pasti akan menyalahkan diri Lia ini,Lia tak nak hubungan Abang dengan Mak menjadi renggang semata-mata kerana Lia tidak boleh memberi cucu.”Ujar Lia panjang lebar.
“Lia,biarlah orang berkata,bukan mereka yang menentukan hidup kita,Lia.”Hazriq memujuk.
“Tapi..”
“Shhh..”
Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya,Hazriq meletakkan jari telunjuknya di bibir mungil Alia.Alia tidak mampu berkata lagi.Hazriq tetap begitu.Hanya itu saja satu cara yang membolehkan suaminya mempunyai zuriat secepat mungkin,bersedia dimadukan!Tetapi,apakan daya,cinta itu tidak boleh dipaksa-paksa.
“Hari minggu ni,kita pulang ke kampung,ya?”Hazriq memecah kesunyian malam seketika.
“Hmmm..Lia ikut sahajalah,Bang..”Alia menjawab ringkas.
Hazriq menarik selimut sehingga menutupi sebahagian tubuh sasanya itu.Lampu tidur dimatikan.Dalam kegelapan,Alia merenung suaminya itu,dia berkefikiran lagi.”Apalah nasib suamiku ini…”Hatinya berkata sendirian.
*********************************************
Alia menghempas tubuhnya di atas kerusi biru di bilik di dalam pejabat itu.Dia memejam rapat matanya,sambil mengeluh panjang.Dilihatnya timbunan fail-fail yang perlu dibereskan di atas meja.Kerjaya sebagai penasihat undang-undang agak memenatkan.Dia mencapai salah satu fail yang terdapat di atas meja itu untuk dibereskan.Pintu tiba-tiba dikuak….
“Hai,selamat pagi,wahh,rajin Cik Alia kita ni buat kerja pagi-pagi.”Erneelya masuk mendapatkan Alia yang sedang rancak menulis.
“Dato’ nak laporan ni hari ni,jadi,kenalah siapkan.”
“Oooo..eh,apa khabar dengan Hazriq?Lama tak dengar cerita.”Erneelya tiba-tiba menanyakan soal Hazriq.Alia berhenti menulis,seraya merenung tajam ke arah Alia.
“Eh,jangan marah,aku tanya ajelah..kau ni sensitif sangat.”Erneelya mengerutkan dahi melihat tingkahlaku rakan baiknya itu.
“Haha,mana ada aku marah,relakslah,dia ok…tapi biasalah ‘bussinessman’,sibuklah dengan ‘bussiness’
dia tu.”Alia tertawa melihat gelagat Erneelya yang cepat gabra itu.Dia menyambung semula kerjanya.
“Hmm..weh,kau tak ada tanda-tanda ‘pregnant’ lagi ke lepas peristiwa anak kau meninggal dalam perut tu?Aku kesian tengok kau..”
Alia tersentak.Berbekas hatinya ketika Erneelya mengutarakan soalan itu.Tetapi dia hanya tersenyum.
“Eleh,kesian aku pulak,patut kau kesiankan diri kau dulu,kau lagi belum kahwin,ni nak jadi anak dara apa ni?”
Alia cuba untuk lari dari topik perbualan sebelum ini.
“Heh,sebiji aku dapat,main kasar ni!”
Mereka ketawa memecah kesunyian pagi.
****************************************************
“Setelah saya membuat pemeriksaan,saya mendapati awak mengalami komplikasi di saluran peranakan awak.”Ujar Doktor Emrizal serius.”Ini yang menyebabkan awak sukar untuk hamil lagi kali ini.Harapan awak untuk mengandung lagi cuma lima peratus.”
Alia tersentak.Kata-kata yang keluar dari mulut doktor muda itu sungguh menyentap hatinya.
“Apa saya tidak boleh hamil lagi kah,Doktor?”
“Saya sudah beritahu tadi,harapan awak cuma lima peratus.Sebaiknya awak berdoa dan bertawakallah kepada ALLAH.DIAlah yang menentukan setiap rezeki manusia.”Ujar Doktor Emrizal tenang.
“Mungkin,sebelum awak hamil bayi yang pertama dulu doktor telah memberitahu bahawa peluang untuk awak hamil buat kali kedua sangat tipis,bukan?”Tanya Doktor Emrizal panjang lebar.
“Memang ada, Doktor.Tapi saya tidak pula menyangka yang bayi saya akan menemui ajal ketika di dalam kandungan lagi.”Alia tunduk.Kelopak matanya berair.
Doktor Emrizal tersenyum.”Bersabarlah dan berdoalah,sesungguhnya ALLAH itu maha mendengar.”
Alia melangkah keluar dengan hatinya yang remuk.Apa perasaan suaminya apabila mendengar perkhabaran ini?Dia tidak mahu mengecewakan suaminya buat kali kedua setelah kematian bayi mereka ketika di dalam kandungannya dulu.
Alia tersentak!Mengapa tiba-tiba pula dia teringatkan masa itu?Ketika dia diberitahu bahawa peluang untuk dirinya hamil sangat tipis.Ahh!!Alia mengucap panjang.Kalau boleh dia tidak mahu mengingati perkara itu lagi.Tangannya semakin rancak menulis.Dia perlu menyiapkan laporan itu hari ini juga.Alia mula kelihatan sibuk.











BERDASARKAN Data Organisasi Kesehatan dunia (WHO) tercatat ada sebanyak 30 penyakit baru yang muncul sepanjang tahun 1976-2008 akibat perubahan iklim dan pemanasan