Pada usia tujuh tahun, Ainan mula mendapat perhatian dunia kerana kepintaran luar biasanya dan menjadi kanak-kanak termuda lulus subjek kimia di peringkat GCE O-Level. Hari ini dia mengukir satu sejarah lagi apabila bergelar mahasiswa universiti.
“SEJAK kelahirannya dia merupakan bayi yang luar biasa. Apabila saya bercakap, dia memalingkan kepalanya kepada saya dan terus berhenti menangis,” luah Valentine Cawley, 41, mengenai anak sulungnya, Ainan Celeste Cawley, 10.
Petanda lain mengenai kelahiran anak sulung Valentine turut dirasai oleh isterinya, Syahidah Osman Cawley, 30, seorang pelukis potret dan penulis.
“Ketika saya mengandungkan Ainan, berlaku gerhana matahari penuh. Saya dan suami dapat menyaksikan gerhana matahari tersebut bersama-sama,” katanya.
Written on February 10, 2010 | Posted in
Malaysia Semasa,
Serba-Serbi |
Leave a comment
PKR akan melancarkan kempen penerangan “Krisis Perak: Kembali Pada Rakyat” pada jam 9 malam ini di Taman Medan, Petaling Jaya Selatan (Dataran Pasar Malam), PJS 2D/7 (Markaz PAS PJS).
Berikutan itu satu ceramah perdana akan diadakan di situ malam ini yang akan dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; ADUN Perak, Chang Lih Kang (Teja) dan Kesavan (Hutan Melintang), serta ahli jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad.
Menurut kenyataan biro penerangan PKR hari ini, kempen tersebut akan diteruskan ke seluruh negara dalam masa terdekat ini.
Written on May 18, 2009 | Posted in
Malaysia Semasa |
Leave a comment
KULIM: Seorang gadis menemui ajal akibat ditikam bertubi-tubi sejurus mengungkapkan hasrat ingin memutuskan hubungan cinta dengan seorang duda yang dikenali sejak kecil kerana mahu bertunang dengan lelaki pilihan hatinya, semalam.
Mangsa, Nurbahirah Ishak, 22, bekas pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik di rumahnya di Taman Perak di sini, kira-kira jam 9 pagi.
Duda terbabit yang turut cedera, ditemui dalam keadaan separuh sedar di ruang tamu rumah berkenaan oleh jiran dan beberapa anggota polis yang memeriksa kediaman itu selepas mendengar bunyi bising seperti pergaduhan.
Written on May 18, 2009 | Posted in
Malaysia Semasa |
Leave a comment
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Hrkh) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak boleh menafikan bahawa beliau merupakan punca kemelut politik di Perak kerana seluruh dunia telah melihat bagaimana beliau mengetuai rampasan kuasa di Perak pada 5 Februari lalu.
Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan sewaktu rampasan kuasa itu dilakukan, Najib merupakan Pengerusi Umno Perak yang mana pada waktu itu juga beliau masih Timbalan Perdana Menteri.
Ahmad dalam kenyataanya sebelum ini menegaskan kecamukan serta kemelut politik yang berlaku hari ini di Perak berpunca daripada tindakan Najib .
Written on May 17, 2009 | Posted in
Malaysia Semasa |
Leave a comment
KOTA BHARU, 17 Mei (Hrkh) – Aneh lagi luar biasa. Mungkin juga boleh menjadi tarikan pelancong. Ini kerana segalanya ada dua di Perak sekarang. Bermula dua kerajaan, dua Menteri Besar dan dua Speaker.
Selain itu ada dua setiausaha kerajaan negeri dan dua setiausaha Dewan Undangan Negeri (Dun). Namun harus diingatkan satu daripadanya haram dan satu lagi halal.
Speaker Dun Perak, V Sivakumar berkata, semua perkara yang tidak berlaku di negara-negara lain ada di Perak sekarang.
“Ketika saya masih lagi speaker yang sah, Adun Barisan Nasional melantik pula speaker baru. Speaker tersebut diibaratkan duri dalam daging.
This is a preview of
Segalanya 2 di Perak, 1 halal dan 1 haram – Sivakumar
.
Read the full post (554 words, 4 images, estimated 2:13 mins reading time)
Written on May 17, 2009 | Posted in
Malaysia Semasa |
Leave a comment
SHAH ALAM, 17 Mei (Hrkh) – Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyelar sikap Dato’ Seri Najib Tun Razak yang sudah menjadi Perdana Menteri selama dua bulan tetapi tidak berani membuat lawatan ke luar negara kecuali Manado, Sulawesi dan Thailand.
Menurut beliau, sudah menjadi amalan Perdana Menteri sebelum ini selepas mengambil alih pentadbiran langkah pertama dilakukan mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan di luar negara.
Bagaimana pun katanya, perkara itu tidak berlaku terhadap Najib kerana beliau berasa takut disebabkan isu berkaitan dengan dirinya (kes pembunuhan Altantuya) sudah didedahkan dalam 11 akhbar antarabangsa.
Written on May 17, 2009 | Posted in
Malaysia Semasa |
Leave a comment
IPOH: Exco kanan Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, berkata sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis lalu adalah tidak sah kerana pengisytiharan dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, bukannya Menteri Besar yang sah.
“Sehubungan itu, pelantikan Speaker baru juga tidak sah,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini.
Ngeh yang juga Adun Sitiawan berkata, plantikan ketua kampung baru oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) juga tidak sah dan semua pemilihan tahun lalu masih sah.
Original post:
Sidang DUN Khamis lalu tak sah: Ngeh
Possibly Related Posts:
Written on May 12, 2009 | Posted in
Malaysia Semasa |
Leave a comment
Pilihan raya negeri baru dilihat sebagai jalan terbaik menyelesaikan krisis politik Perak sekiranya prinsip demokrasi ingin terus dipertahankan ekoran keputusan terbaru mahkamah semalam.
Pensyarah Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah, Zaini Othman berkata, apabila berlaku kemelut yang dilihat tidak menemui jalan penyelesaian dalam sebuah negara demokrasi, maka hak rakyat untuk menyelesaikannya mesti dikembalikan.
“Kita lihat kemelut ini tidak ada penyelesaian dan ia hanya akan selesai jika kita kembalikan semula hak untuk memilih kepada rakyat melalui pilihan raya.
“Jika berlaku konflik antara undang-undang dan politik, undang-undang harus mengutamakan rakyat,” katanya ketika dihubungi mStar Online.
Written on May 12, 2009 | Posted in
Malaysia Semasa |
Leave a comment